Apa Itu Takaful dan Bagaimana Ia Berfungsi?
Ramai orang pernah dengar perkataan takaful, tapi tak semua betul-betul faham apa sebenarnya ia dan bagaimana ia boleh bantu dalam kehidupan kita. Ada yang anggap takaful sama macam insurans biasa, ada juga yang fikir takaful ni hanya untuk orang kaya. Jadi, jom Nabil terangkan dengan cara yang mudah, santai dan jelas.
Apa Itu Takaful?
Secara ringkas, takaful ialah satu bentuk perlindungan kewangan berasaskan prinsip tolong-menolong (ta'awun). Maksudnya, semua peserta (orang yang join takaful) akan menyumbang ke dalam satu tabung bersama. Bila ada peserta yang ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan atau meninggal dunia, tabung inilah yang akan membantu menampung kos atau memberi pampasan.
Dalam bahasa mudah: takaful = kita kongsi risiko bersama. Semua orang chip in sikit, bila ada yang perlukan, dana itu digunakan untuk bantu.
Bagaimana Takaful Berfungsi?
Sumbangan Bulanan (Contribution)
Setiap peserta bayar jumlah tertentu (contoh: RM100 sebulan). Duit ni akan dimasukkan ke dalam tabung takaful.Tabung Bersama
Daripada duit yang terkumpul, sebahagiannya digunakan untuk melindungi semua peserta jika berlaku musibah.Prinsip Syariah
Takaful patuh syariah – jadi duit yang dilaburkan daripada tabung tadi dilaburkan dalam pelaburan yang halal sahaja.Manfaat Perlindungan
Kalau berlaku kemalangan, sakit kritikal, atau meninggal dunia, peserta atau keluarga akan dapat pampasan/cover kos rawatan menggunakan duit tabung tersebut.
Contoh Real-Life
π Kos Hospital – Pernah ada kes pesakit perlu jalani pembedahan jantung. Kos pembedahan sahaja hampir RM50,000. Tanpa medical card, keluarga terpaksa buat pinjaman dan kutip sumbangan orang ramai. Tapi bagi yang ada takaful, kos rawatan itu ditanggung penuh oleh medical card.
π Sakit Kritikal – Seorang ayah muda disahkan menghidap kanser. Disebabkan dia ada pelan penyakit kritikal, dia dapat pampasan tunai RM100,000. Duit itu digunakan untuk rawatan alternatif & tampung perbelanjaan keluarga bila dia tak mampu bekerja.
π Kematian Mengejut – Ada juga kes seorang suami meninggal dalam kemalangan. Nasib baik dia ada hibah takaful, isteri dan anak-anak menerima pampasan ratusan ribu ringgit. Duit itu jadi penyelamat untuk mereka teruskan hidup tanpa beban hutang.
Kenapa Perlu Ada Takaful?
✔️ Kos rawatan hospital makin mahal – satu malam pun boleh cecah ribuan ringgit.
✔️ Kita tak tahu bila musibah akan datang.
✔️ Takaful bantu ringankan beban keluarga – daripada kos rawatan, pampasan kematian, sampai hibah untuk waris.
✔️ Perlindungan ni ibarat “payung” – kita tak guna hari-hari, tapi sangat berguna bila hujan turun.
Kesimpulan
Takaful bukanlah beban, tapi satu bentuk kasih sayang yang kita tinggalkan untuk diri sendiri dan keluarga. Ia bukan soal kaya atau miskin, tapi soal tanggungjawab & persediaan. Bila kita ada takaful, kita bukan saja lindungi kewangan, tapi kita juga beri ketenangan kepada orang yang kita sayang ❤️
π Jadi, sekarang Puan/Tuan dah tahu apa itu takaful, bagaimana ia berfungsi, dan contoh real-life yang pernah berlaku. Persoalannya, nak tunggu bila baru kita nak sediakan perlindungan ni?
Comments
Post a Comment